Log in­Register­Memberlist­Usergroups­Search­FAQ­Home
Share | 
 

 Polisi Forum Towardsafety

View previous topic View next topic Go down 
AuthorMessage
Admin
Admin


Posts: 1
Join date: 2007-10-06

PostSubject: Polisi Forum Towardsafety   Wed Oct 10, 2007 10:27 am

Polisi Forum Towardsafety king

Pendaftaran Pengguna

Anda dikehendaki mendaftarkan diri anda sebelum menjadi ahli Forum Towardsafety. Pendaftaran adalah percuma!

Sebaik saja akaun ada diaktifkan, anda akan mendapat keistimewaan sebagai ahli seperti yg di senaraikan di bawah:

^ Membuka topik baru
^ Membalas posting/mesej ahli lain
^ Mengedit/menyunting posting anda
^ Menggunakan fungsi PM dan fungsi carian
^ Menggunakan fungsi 'Senarai Rakan' untuk melihat rakan ahli lain yang sedang online
^ Menggunakan fungsi 'Carian' untuk mencari sesuatu topik yg anda minat atau ingin baca.

Untuk mendaftar, anda dimestikan untuk memilih nama pengguna yang unik (username) dan katalaluan (password).

Pastikan juga anda mengguna alamat e-mel yang boleh diguna pakai (working e-mail) semasa mendaftar untuk memudahkan anda mengaktifkan akaun anda.

Nama Pengguna (Username)

^ Pemilihan nama pengguna mestilah dengan budaya dan undang-undang negara kita. Anda dilarang sama sekali menggunakan nama pengguna yang boleh menimbulkan rasa tidak senang ahli-ahli dan dikira mengganggu-gugat ahli-ahli lain dan pelawat Forum Towardsafety

^ Pihak pengendali forum berhak untuk memadam dan mengharamkan (to ban) mana-mana nama pengguna yang dirasakan tidak sesuai tanpa notis dan sebarang prejudis, tanpa perlu mendapat maklumbalas daripada pemilik nama pengguna. Sebarang rayuan dan pengecualian tidak akan dilayan.

^ Nama-nama yang berunsurkan lucah dan provokasi akan diharamkan [diban] serta-merta. Pengguna akan terpaksa mendaftar nama pengguna baru yang lebih sesuai.

^ Ahli-ahli boleh memohon untuk menukar nama-ahli [username/nickname] mereka dengan syarat-syarat tertentu. Permohonan penukaran nama ahli [username/nickname] adalah terpulang kepada budi bicara pihak pentadbir.

Akaun Pengguna

^ Ahli hanya dibenarkan mempunyai satu akaun sahaja pada satu-satu masa, tanpa mengambil kira akaun tersebut aktif ataupun tidak. Sekiranya didapati ahli melanggar peraturan ini, semua akaun/username tersebut akan digantung.Peraturan ini dibuat untuk mengelakkan potensi spam dan flame dan sebarang aktiviti tidak sihat yg lain.

^ Ahli tidak dibenarkan berkongsi satu akaun ahli dengan lebih dari seorang pengguna. Ini untuk mengelakkan kekeliruan dan masalah akan datang.

^Ahli juga tidak dibenarkan untuk menghantar mesej, membuka topik dan menggunakan mesej peribadi (PM) dengan menggunakan akaun pengguna lain. Sila login ke dalam akaun anda sendiri untuk berbuat demikian.

^Sebarang permohonan untuk memadam akaun ahli tanpa sebab munasabah tidak akan dilayan. Sekiranya anda mempunyai sebab yang kukuh untuk memohon akaun anda dipadamkan, anda boleh menghubungi pihak pentadbir tersebut. Walau bagaimanapun keputusan adalah terpulang pada budi bicara pihak pentadbir.

^Akaun yang mempunyai jumlah posting sifar (0) dan tidak login/aktif selepas 6 bulan akan dipadam secara automatik oleh sistem. Jadi sila pastikan anda kekal aktif untuk terus menjadi ahli Forum Towardsafety

Katalaluan Pengguna (Password)
*Pastikan anda memilih katalaluan sesuai dan mudah diingati.
*Katalaluan anda adalah rahsia dan sepatutnya anda tidak berkongsi katalaluan anda dengan sesiapapun. Katalaluan anda adalah tanggungjawab anda sendiri.
*Sekiranya anda terlupa dengan katalaluan anda, anda boleh menghubungi pihak pentadbir supaya katalaluan anda diresetkan semula.
Mesej Peribadi (PM)
*Ahli tidak dibenarkan untuk menyalahgunakan kemudahan Mesej Peribadi untuk mengganggu ketenteraman ahli lain


Penghantaran Topik & Mesej

^ Ahli bertanggungjawab di atas segala topik, perbincangan, mesej, maklumat di dalam Forum Towardsafety. Pihak pengendali tidak akan bertanggungjawab di atas kesahihan maklumat yang disampaikan oleh ahli di dalam topik yang dibuka oleh mereka.

^ Ahli tidak digalakkan untuk membuat posting pendek dan menggunakan smilies semata-mata.

^ Ahli tidak digalakkan untuk menggunakan gaya posting yang keterlaluan seperti warna teks, bold, italic, jenis dan saiz font yang dianggap mengganggu keselesaan ahli-ahli lain untuk membaca posting anda.

^ Pastikan anda meletakkan sumber URL sekiranya anda menghantar mesej dari sumber yang lain.

^ Sekiranya anda mengambil QUOTE dari ahli lain, pastikan quotation yang anda ambil adalah bertepatan dengan mesej yang anda ingin sampaikan.

^ Penggunaan CAPS dalam membuka topik atau membalas mesej adalah dilarang.

^ Mesej yang dibalas di dalam sesuatu topik mestilah bersesuaian. Anda dilarang lari topik di dalam thread-thread yang tidak sesuai. Hormatilah pembuka topik tersebut.

^ Topik bersambung hanya boleh dibuka sekiranya topik sebelumnya telah penuh dan mencapai kuota posting (50 atau 100 posting). Pihak pentadbir dan pengendali berhak menggabungkan topik yang baru dibuka yang sama (redundant) dengan topik yang cukup kuota atau belum dikunci itu tadi. Ini adalah untuk mengelakkan topik tersebut dispam.

Etika & Hubungan Sesama Ahli

^ Semua orang bebas memberikan pandangan dan pendapat masing-masing, asalkan ia tidak melampui batas budaya Malaysia dan undang-undang negara kita.

^ Ahli diharapkan supaya mengamalkan sikap hormat menghormati di antara satu sama lain. Elakkan daripada menggunakan bahasa yang kasar dan kurang sopan serta berbalah semasa berforum.

^ Setiap orang mempunyai pendapat dan sensitiviti yang berbeza-beza di dalam sesetengah isu. Sekiranya anda tidak bersetuju dengan topik yang dibuka oleh ahli lain, atau tidak berminat dengan isu yang diutarakan, atau mendapati posting yang disampaikan bercanggah dengan pendapat anda, anda dinasihati supaya TIDAK BERPOSTING di topik tersebut.
Walau bagaimanapun, anda boleh berposting di topik tersebut dengan menyampaikan pendapat anda secara berhemah dan mengemukakan hujah-hujah bernas mengapa anda tidak bersetuju dengan pembuka topik.

^ Sekiranya anda tidak berpuas hati dengan ahli lain, anda haruslah menggunakan fungsi PM untuk terus berhubung dengan ahli tersebut atau hubungi pihak pentadbir atau pengendali dengan masalah anda, bukan meneruskan perbalahan anda di dalam sesebuah topik.

^ Ahli tidak dibenarkan membincangkan isu seperti keganasan, dadah, alkohol, seks yang keterlaluan, keagamaan, politik, hal ehwal perubatan dan lain-lain secara keterlaluan dan boleh menimbulkan kontroversi. Topik-topik sebegini akan dipantau ketat oleh Pihak Pentadbir dan Pengendali untuk mengelakkan halatuju perbincangan yang tidak diingini.

^ Ahli-ahli dinasihatkan supaya lebih berhemah dan berhati-hati untuk berposting di dalam topik sebegini.
Pihak pentadbir atau pengendali berhak untuk memadam posting yang dirasakan tidak sesuai di dalam topik tersebut tanpa prejudis, tanpa sebarang notis kepada ahli.

Penghantaran Imej/Gambar/Kepilan (Attachment)

^ Ahli DIGALAKKAN supaya memuat-naik (upload) semula imej/gambar yang didapati dari sumber lain. Ini adalah kerana sesetengah imej/gambar mempunyai hakcipta tersendiri dan hotlinking terus dari sumber asal tidak dibenarkan.

^ Ahli TIDAK DIBENARKAN mengepilkan imej/gambar yang berunsur lucah yang melampau dan terang-terangan, provokasi politik atau budaya, dan mengganggu ketenteraman ahli-ahli lain.

^ Sekiranya anda tidak pasti tentang bagaimana cara untuk melampirkan imej/gambar, anda bolehlah menghubungi pihak pentadbir atau pengendali untuk bantuan.

Penggunaan Avatar

^ Saiz maksimum avatar secara 'default' di dalam forum Towardsafety Forum ialah 150 x 200 pixel.

^ Permintaan avatar boleh dikemukakan di Bilik Tempahan Avatar dan Signature Imej.

^ Pastikan avatar anda tidak mempunyai elemen-elemen berikut:
1. Teks serta imej-imej berunsur lucah, atau mempunyai makna yang boleh ditafsirkan sebagai lucah.
2. Unsur-unsur politik atau yang boleh dikaitkan mana-mana parti politik
3. Unsur-unsur keagamaan dan kebangsaan yang melampau
4. Unsur-unsur lain yang boleh mengganggu keselesaan ahli lain.

^ Pastikan anda tidak menggunakan hasil karya grafik orang lain sebagai avatar anda tanpa kebenaran.

Penggunaan Signature

^ Pastikan signature anda tidak mempunyai elemen-elemen berikut:
1. Ayat-ayat berunsur lucah atau mempunyai makna yang boleh ditafsirkan sebagai lucah.
2. Unsur-unsur politik atau yang boleh dikaitkan mana-mana parti politik.
3. Unsur-unsur keagamaan dan kebangsaan yang melampau.
4. Unsur-unsur lain yang boleh mengganggu keselesaan ahli lain.
5. Jaringan (links) yang membawa kepada unsur-unsur atau objek yang menyalahi undang-undang seperti warez, link lucah, iklan, etc.
6. Imej yang bentuk flash/swf dengan bunyi yang telah diembed sehingga mengganggu ahli lain.

^ Signature imej yang melanggar mana-mana peraturan di atas atau berkaitan dgn peraturan Towardsafety Forum yang sedia ada, akan dibuang serta merta dan ahli tidak dibenarkan lagi menggunakan fungsi signature.

^ Pastikan anda tidak menggunakan hasil karya grafik orang lain sebagai avatar anda tanpa kebenaran.

HAK CIPTA DAN HAK CIPTA INTELEKTUAL

^ Penghantaran artikel/karya yang mempunyai hak cipta perlu dinyatakan sumber asal, sama ada dengan menyertakan pautan lamanweb atau sebutan rujukan buku atau majalah.
Urusniaga Produk & Perkhidmatan

^ Pihak pengendali forum tidak akan bertanggungjawab di atas segala urusan jualbeli dan perkhidmatan yang dilakukan oleh ahli

^ Segala urusan jual beli dan perkhidmatan adalah TANGGUNGJAWAB penjual dan pembeli itu sendiri.

Pengendalian Topik & Mesej

^ Segala penghantaran topik dan mesej hendaklah mengikut peraturan yang ditetapkan oleh pengendali forum.

^ Topik-topik baru akan DITAPIS terlebih dahulu oleh pihak pengendali.
Sekiranya topik anda mengikut syarat dan peraturan yang ditetapkan, topik anda akan diluluskan dan ahli-ahli lain akan boleh melihat topik anda di bilik tersebut.

Topik yang belum diluluskan oleh pihak pengendali tidak akan kelihatan di bilik yang topik itu dibuka.

Sila beri sekurang-kurangnya 24 jam untuk topik anda dinilai oleh pihak pengendali sebelum ianya diluluskan.

^ Topik yang berlainan bagi perbincangan yang sama akan dibuang.

^ Topik yang tidak aktif selama SATU BULAN akan dibuang.
Back to top Go down
View user profile http://towardsafetyforum.mydiscussionboard.com
 

Polisi Forum Towardsafety

View previous topic View next topic Back to top 
Page 1 of 1

Permissions of this forum:You cannot reply to topics in this forum
Towardsafety Forum :: Announcements :: Towardsafety's Forum Policy-